Tuesday, September 23, 2008

Hai Selamat Hari Raya... Kami semua ucapkan...

Letih betul Poorah pagi itu, ronda-ronda hingga kakikukaku.

Bukan setakat kaki letih berjalan, mulut dan perut pun letih mengunyah dan mempotpet berceloteh. Biasalah bila dah join liga-liga Datin.

Jari Poorah tak kurang letihnya juga, klik sana, klik sini, dan of course jot here, jot there kumpul cerita. Hmm... majlis pagi itu agak sederhana sahaja namun ianya begitu meriah. Meriah dengan kehadiran para kakitangan dan jemputan. Meriah dengan baju beraneka warna. Meriah dengan hidangan yang tak tersebut dek bibirkunanmulus ini.

Jangan tak tahu, meriah juga sebab host kita pagi itu Kak Ida Perang.... Vogue you, ala-ala Kak Nita gitu. Ntah berapa round dia belasah menyanyi. Semuanya lagu-lagu raya evergreen. Daripada lagu raya Saloma hingga ke lagu Kak Peah, Kak Pah, Kak Uji, Datuk CT, semuanya boleh.

Kat sini, Poorah hidangkan suasana jamuan aidilfitri pagi itu, yang terlajak hingga ke jam 4.00 petang. Bukan apa, bebudak shif petang hanya dapat join lepas jam 2.00 petang.



Di bulan yang mulia itu, seronok rasa hati Poorah bila lensa kamera menangkap wajah-wajah ceria penuh kesyukuran. Orang kata hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Inilah waktunya untuk kita merapatkan hubungan sesama insan.


Agaknya inilah yang disebut dalam buku-buku sastera... "Yang buta datang bortongkat, yang tempang datang berpimpin...."
















Poorah dapat rasakan hubungan antara kami begitu erat dan mesra. Dalam majlis itu, setiap ruang masa dan tempat telah digunakan sepenuhnya, meninggal sebuah kenangan yang manis. Orang tua-tua kata:
Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati
Dan memang kami sangat suka hati.
Jom!!! Ikut Poorah menyaksikan persembahan...
-BERSAMBUNG-




1 comment:

Anonymous said...

With friends like World of Warcraft experience the ultimate challenge and adventure, a taste of the fun new game, mmoinn.com be able to provide you with wow power leveling , you can find in Azeroth world of warcraft sale , like wow money is so easy, you will feel that they are gradually becoming a great hero of Azeroth.warhammer gold