Monday, September 22, 2008

Suara merdu Ida Perang bersama rakan-rakan bagai menggamit sesiapa sahaja yang berada di sekitar Kafeteria. Meriah di awal pagi itu dengan para hadirin siap berpakaian tradisional. Ada jugak yang berpakaian biasa. Tak mengapa, janji datang bagi memeriahkan majlis gitu. Sambil menunggu acara bermula, dapatlah kami meluangkan masa berborak bertanya khabar.








Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Pak Latip. Segak betul dia berbaju melayu biru lengkap dengan songket berwarna cokelat keemasan. Suara garau macho Pak Latip memecah kesunyian pagi itu - menjadi begitu syahdu.



Amboi nampaknya macam ada yang siap menangis gitu. Genyeh-genyeh mata...
Acara diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Puan Liza sebagai wakil pihak pengurusan. Pengurus Besar tidak dapat hadir pada pagi itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.




.....dan tentulah tidak lupa juga ucapan daripada Abang Jamel Botol kita selaku Timbalan Yang Dipertua Kelab Sukan Dan Sosial. Hensemnya dia.... Silap pandang macam Datuk K ada tu.... Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran para kakitangan dan tentulah mengucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri...



Acara seterusnya yang merupakan agenda utama yang dinanti-nantikan.... hmm rasanya tak perlu disebut lagi... He he he...
Jom ronda-ronda dengan Poorah, merasai suasana Hari Raya.



Memang sedap-sedap juadah pada hari itu. Macam-macam ada... Ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, lontong, soto, biskut raya, cendol, air bandung.... ntah apa lagi Poorah pun dah lupa. Apa yang Poorah ingat, semestinya sedap!!!!


Sempatlah jugak beramah-mesra dengan mereka yang hadir. Sambil makan-makan, kita berkenal-kenalan.
Belum habis lagi weh..... Ada lagi..
Jom... teruskan kemeriahan bersama Poorah...
.
-BERSAMBUNG-























































1 comment:

Anonymous said...

i like......