Tuesday, September 23, 2008

Poorah pun dah lupa-lupa ingat sebab dah setahun berlalu. Pagi itu memang Diva Seni Suara kita Ida Perang yang conquer pentas. Silih berganti dengan ramai muka-muka artis tempatan mukim sini. Fotografer Poorah pun waktu itu sibuk menjamu selera sambil membuat klip video.



Cuma di sebelah petang, yaitu selepas perut kenyang, baru le kami dapat buat photo shoot. Suasana menjadi bertambah hangat apabila jaguh veteran kita Kak Liza Buyong mengambil alih pentas. Gegar you. Isy... kalau setakat Liza Hanim, memang tak tertanding Kak Liza Buyong kita. Versatile dari irama dangdut terus ke rock kapak, heavy metals, black metal, semua masuk.







Meh Poorah kenalkan Kak Liza kita yang berbaju serba pink itu. Memang gamat suasana. Tambahan apabila Sherap si Hero Hindustan kita datang berduet.








Selain Kak Liza, kita ada Intan Suzaini, pemenang tempat ke-2 Safire Superstar 2005. Ini vocal lemak lantang setanding Zaiton Sameon.





Kita ada Zainal... dalam kategori Balada.




Man Despatch dalam kateori Rock....




PapaRodzi kita (ala-ala Papa Rock Ramli Sarip) pun tak nak mengalah weh. Banyak round gak dia belasah petang itu.

Dan udah tentulah, irama tradisional dan etnik kreatif tidak ketinggalan. Kita ada Papa Jamel (Raja Botol) mengambil alih pentas.... Sedap you suara dia. Macam suara Yasin pun ada, macam suara Jamal Abdillah pun ada, macam suara Sudirman pun ya, bak kata suara CT, Mariah Carey malah Nana Maskuri dan Pooja Devi pun ada...







Penari latar tu biasa lah kan. Dah nama pun irama tradisional, tak meriahlah kalau tak ada back-up singer dan back-up dancers... Layaan....


Dan petang itu upacara tamat hingga lewat petang..... Kan dah pesan, sebelum jam 12.00 tengahari kena balik....

Ingke... Tak dengor pesan....
Udah ler.... kete kude tukor jadi prghoyok belange...
Kude tuko jadi kuko nyor....
Cindeghelle.... Madam Mieh
tukor jadi
Mak Cik le....


ater mikropon udah tukor jadi penyapu....









Hai Selamat Hari Raya... Kami semua ucapkan...

Letih betul Poorah pagi itu, ronda-ronda hingga kakikukaku.

Bukan setakat kaki letih berjalan, mulut dan perut pun letih mengunyah dan mempotpet berceloteh. Biasalah bila dah join liga-liga Datin.

Jari Poorah tak kurang letihnya juga, klik sana, klik sini, dan of course jot here, jot there kumpul cerita. Hmm... majlis pagi itu agak sederhana sahaja namun ianya begitu meriah. Meriah dengan kehadiran para kakitangan dan jemputan. Meriah dengan baju beraneka warna. Meriah dengan hidangan yang tak tersebut dek bibirkunanmulus ini.

Jangan tak tahu, meriah juga sebab host kita pagi itu Kak Ida Perang.... Vogue you, ala-ala Kak Nita gitu. Ntah berapa round dia belasah menyanyi. Semuanya lagu-lagu raya evergreen. Daripada lagu raya Saloma hingga ke lagu Kak Peah, Kak Pah, Kak Uji, Datuk CT, semuanya boleh.

Kat sini, Poorah hidangkan suasana jamuan aidilfitri pagi itu, yang terlajak hingga ke jam 4.00 petang. Bukan apa, bebudak shif petang hanya dapat join lepas jam 2.00 petang.



Di bulan yang mulia itu, seronok rasa hati Poorah bila lensa kamera menangkap wajah-wajah ceria penuh kesyukuran. Orang kata hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Inilah waktunya untuk kita merapatkan hubungan sesama insan.


Agaknya inilah yang disebut dalam buku-buku sastera... "Yang buta datang bortongkat, yang tempang datang berpimpin...."
















Poorah dapat rasakan hubungan antara kami begitu erat dan mesra. Dalam majlis itu, setiap ruang masa dan tempat telah digunakan sepenuhnya, meninggal sebuah kenangan yang manis. Orang tua-tua kata:
Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati
Dan memang kami sangat suka hati.
Jom!!! Ikut Poorah menyaksikan persembahan...
-BERSAMBUNG-




Monday, September 22, 2008

Suara merdu Ida Perang bersama rakan-rakan bagai menggamit sesiapa sahaja yang berada di sekitar Kafeteria. Meriah di awal pagi itu dengan para hadirin siap berpakaian tradisional. Ada jugak yang berpakaian biasa. Tak mengapa, janji datang bagi memeriahkan majlis gitu. Sambil menunggu acara bermula, dapatlah kami meluangkan masa berborak bertanya khabar.








Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Pak Latip. Segak betul dia berbaju melayu biru lengkap dengan songket berwarna cokelat keemasan. Suara garau macho Pak Latip memecah kesunyian pagi itu - menjadi begitu syahdu.



Amboi nampaknya macam ada yang siap menangis gitu. Genyeh-genyeh mata...
Acara diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Puan Liza sebagai wakil pihak pengurusan. Pengurus Besar tidak dapat hadir pada pagi itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.




.....dan tentulah tidak lupa juga ucapan daripada Abang Jamel Botol kita selaku Timbalan Yang Dipertua Kelab Sukan Dan Sosial. Hensemnya dia.... Silap pandang macam Datuk K ada tu.... Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran para kakitangan dan tentulah mengucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri...



Acara seterusnya yang merupakan agenda utama yang dinanti-nantikan.... hmm rasanya tak perlu disebut lagi... He he he...
Jom ronda-ronda dengan Poorah, merasai suasana Hari Raya.



Memang sedap-sedap juadah pada hari itu. Macam-macam ada... Ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, lontong, soto, biskut raya, cendol, air bandung.... ntah apa lagi Poorah pun dah lupa. Apa yang Poorah ingat, semestinya sedap!!!!


Sempatlah jugak beramah-mesra dengan mereka yang hadir. Sambil makan-makan, kita berkenal-kenalan.
Belum habis lagi weh..... Ada lagi..
Jom... teruskan kemeriahan bersama Poorah...
.
-BERSAMBUNG-