SEDERHANA TAPI MERIAH
Moh ler jalan-jalan ngan Poorah PauSana
Sebelum itu, moh ler kita tinjau-tinjau muka-muka di sebalik tabir yang menjayakan acara sederhana tetapi meriah kali ini. Bukan mudah untuk menguruskan acara yang bak khenduri kahwin ni. Pentas dan backdrop kena dibuat selain gantung-gantungan penghias ruang.
Dalam masa 2 jam, semuanya beres. Elok juga kalau selalu diadakan majlis-majlis sebegini. Bukan apa, selain mengeratkan silaturrahim, segala daki-daki kat dinding Kafeteria tu secara tidak langsung dapat juga dibersihkan. Iya ler, macam dosa kita setahun ler, dibersihkan... Kalau dosa tak berampun tu, kira macam daki yang pakai kloroks pun tak mahu tangge nyer...
Cantik di mata, cantik di hati, itu di segi lahiriah. Bagi pihak QA, kualiti makanan tu kena dijamin. Bukan takat ghase nye aje, tapi di segi kebersihan juge...
Dah letih-letih buat persiapan tu, seronok ler pula Poorah nak mengabadikan muka-muka pakcik dan makcik kita yang udah bertungkus-lumus. Merajuk karang, payah ler pulak Poorah nak memujuk.
Dan kita bawakan Diva senisuara kita (Johan Safire Idol 2004), Ida Perang (Blonde Ida). Jangan tak tahu, kak Ida kita ni kawan kamceng Datin Seri Gemerincing, dan Chef Diva Ita kita. Maka bergemerincing jugalah pagi itu dipukul oleh Datin and the Divas.